Analisis Keputusan Pilihan Raya
2004: ‘Kemenangan Besar bagi Mahathir’
Kemenangan besar BN
dalam Pilihan Raya 2004, pada hakikatnya, ialah kemenangan besar bagi Mahathir
dan Mahathirisme.
1. Faktor Kemenangan Besar BN
o Penggunaan
media massa oleh BN secara bebas dan melampau, manakala suara pembangkang
dikekang dengan seadanya.
o Kerajaan
BN menggunakan media umum, termasuk RTM, untuk propaganda selama 5 tahun,
mencanangkan pencapaiannya.
o BN
juga memomok-momokkan pembangkang dengan pelbagai tohmahan.
o Satu-satunya
media PAS, Harakah, yang begitu berkesan menjelang 1999, disekat.
o Pensempadanan
semula yang memecahkan penyokong pembangkang dan menambah penyokong BN.
o Berbagai
tohmahan BN terhadap PAS, termasuk menakut-nakutkan bukan-Islam.
o Peraturan
baru SPR yang mengekang pembangkang, serta memberi kelonggaran kepada BN. Contoh:
o Pondok
panas dibenarkan di setengah tempat dan notis diberikan kurang 24 jam daripada
tempoh tamat.
o Senarai
pengundi yang dikeluarkan SPR, walau bagaimana aneh sekalipun, tidak boleh
dipersoalkan. Aduan tentang kewujudan
ramai ‘pengundi hantu’ yang dikesan menjelang Pilihan Raya langsung tidak
dilayan.
o SPR
mengubah masa tamat pengundian di beberapa tempat, kononnya untuk menampung
pengundi yang ramai. Ini membolehkan BN
menambah bilangan penyokongnya yang keluar mengundi.
o Ramai
pengundi daripada penyokong pembangkang yang tidak ada dalam senarai pengundi,
Contoh di Gombak.
o Pengundi
hantu: Peratus yang keluar mengundi di
Terengganu sehingga 90%, satu rekod yang agak tidak munasabah. Ini juga berlaku di beberapa tempat lain di
mana tokoh pembangkang kalah dengan majority yang agak tipis.
o Taktik
kotor kempen BN dalam bentuk peristiwa bir yang mengingatkan kita tentang
Tengkolok Tengku Razaleigh pada tahun 1985.
o Taktik
BN memutarbelitkan kenyataan Ustaz Hadi yang menyatakan beliau bersedia
menerima kekalahan sehingga menggambarkan seolah-olah PAS sudah mengaku kalah.
o Politik
wang yang diamalkan BN tetapi berada di luar skop SPR.
2. Strategi Kemenangan Besar BN
o BN
telah menyusun strategi sejak 1999 untuk ‘memenangi hati rakyat’ dengan apa
cara sekalipun.
o Strategi
mempunyai dua fasa utama:
o Fasa
1: Berusaha supaya rakyat lupakan
kezaliman terhadap Anwar.
o Fasa
2: Menghapuskan pembangkang.
o Perletakan
jawatan Tun Mahathir serta perlantikan Abdullah Badawi adalah sebahagian
daripada strategi ini.
o Peranan
Abdullah Badawi menonjolkan ‘peribadi baik’ serta ‘Islam sederhana’.
o Peranan
Mahathir masih besar, memanipulasikan ‘penerimaan rakyat’ terhadap BN.
o Peraturan
Pilihan Raya yang baru adalah sebahagian daripada langkah ini.
o Pergerakan
SPR juga dipercayai dikawal oleh Mahathir.
o Mahathir
dipercayai bekerja di belakang tabir memanipulasi proses pengundian, termasuk
mengerahkan pengundi hantu dan memanipulasi undi pos.
o Sasaran
utama BN: melemahkan PAS dan
menghapuskan Keadilan, supaya Melayu ‘bersatu’ di belakang BN.
3. Implikasi Kemenangan BN
o Tujuan
BN ingin kemenangan besar:
o membuktikan
bahawa BN berjaya ‘menebus maruah’ sejak kekalahan yang dialami pada 1999 yang
sentiasa menghantuinya.
o meyakinkan
kuasa besar, terutama Amerika Syarikat, bahawa kerajaan BN berjaya menawan hati
rakyat dan mengalahkan golongan Islamis.
o melemahkan
PAS dan menghapuskan Keadilan.
o menunjukkan
‘sokongan padu’ bangsa Melayu kepada perjuangan dan agenda BN.
o BN
kini boleh menjalankan agendanya sesuka hati, kerana menurutnya rakyat telah
memberik mandat kepada agenda BN.
Agenda BN termasuklah:
o Mengubah
pemikiran orang Melayu menerima Islam liberal.
o Meminggirkan
peranan Islam dalam kehidupan, dengan mencanangkan kepelbagaian kaum.
o Bahasa
Melayu akan terus terpinggir.
o Sekolah
Agama Rakyat akan terus menerima nasib buruk.
o Penggunaan
ISA akan digiatkan.
o Isu
rasuah akan diberi ‘lips-service’ sahaja.
o Walaupun
pada zahirnya Pak Lah menang, hakikatnya ini adalah kemenangan
bagi Mahathir.
o Agenda
Mahathir akan diteruskan.
o Pengaruh
Mahathirisme dikembangkan.
o Konco-konco
Mahathir – Aziz Shamsudin, Tengku Adnan, Shahrizat, Rafidah Aziz, Zainudin
Maidin – akan bermaharajalela memastikan kehendak mereka dipenuhi.
o Pak
Lah dijangka akan turun sebelum Pilihan Raya 2009 atas sebab’ keluarga’ atau ‘kesihatan’. Hakikatnya, bagi Mahathir tempoh luput Pak
Lah telah tiba kerana ‘by then Abdullah would have served the purpose’: BN kembali kepada status quo sebelum 1998.
o Kita
menjangkakan pergolakan dalaman BN dan UMNO yang hebat selepas kemenangan ini,
kerana berbegai pihak akan menuntut hak penglibatan mereka memenangkan BN. Tidak mustahil UMNO akan berpecah kepada
Team A dan Team B ala 1987 selepas ini.